CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 15, 2010

~SALAM AIDILADHA~

sok da nk raye ghrupenye...xprasan pown,,huhu~
trok tol..patotla mak pown da bising MySpace suh blk kmpg..
br pas hbs exam..camnila..sume pown nk lupe..hehe~
bile ckp sal aidiladha ni..pastila teringat "korban"..kalau da lupe..mari sy ingatkan..

"Ibadat korban" merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.

"Hukum"nya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini. so, pd yg mampu..ingtkanlah kat parents kite supaya wat ibadah korban..

"Maksud Korban" Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

"*Umur binatang yang boleh dikorbankan"
􀀹 Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
􀀹 Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7
bahagian.
􀀹 Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
􀀹 Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

"Sunat-sunat" ketika menyembelih binatang korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.

"Peringatan"
a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie..

"hikmat dan nilai-nilai" yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.


Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan
binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan
darahnya yang pertama itu pengampun bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat
korban.
# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan
bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban
tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan
penyembelihan itu.

Same2lah kite renungkan istilah korban yg sebenarnye.. MySpace
Salam Aidiladha semua..semoga aidiladha kali ini lebih bermakna dr thn sblmnya..InsyaAllah...